ni lunch td...uihhh memg sdp!rugi x try..resepi ni aku jmpa kat dapur
kak ina...kopipes yer kak...tq!kak ina kata menu ni ada kat restoren amy search..wow!tp memg besh la...licin!nti nak wat lg...
Bahan-bahan A :
600gm ayam - dipotong dadu
tepung jagung secukupnya
sedikit lada hitam
sos tiram
Cara-caranya :
Perap ayam dengan sos tiram dan lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B :
kacang gajus -di goreng dan toskan minyak (aku x letak pon)
30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
2 biji bawang besar ( 1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat )
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
1 biji capsicum - potong lebar-lebar
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili sos
minyak untuk menumis
garam jika perlu
minyak bijan - aku tak letak pon
seasoning maggi (aku x letak...dah abis stok )
Cara-caranya :
Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan toskan.
Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam dan capsicum. Kalau gunakan gajus kena masukkan bersama ayam dan capsicum...dah mgelegak...angkat...siap!nyummm