Thursday, January 15, 2009

Ayam Percik Bakar

ayam percik

ni dinner mlm ni...aku dah buntu sgt nak wat aym msk apa....intai dapur yat...mcm besh jek ayam percik bakar kat dapur yat...aku pon try...mmm tambah nasik 2x hahaaaaa mcm mana la nak kuruskan bdn ni....mmm mls nak taip...kopipes ya yat...mekacih heeeee

Bahan-bahannya:
ayam di potong mengikut suka

bahan blend :
blend (1)
jintan manis
jintan putih
biji ketumbar

blend (2)
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan-bahan lain:
santan
cili boh (cili kering yang telah di blend)
kunyit serbuk
tepung beras (ni aku x taruk)
garam
gula
serai (dititik)
asam keping

Cara-caranya:
Masukkan santan, cili boh, kunyit, serai, blend 1 dan 2 dalam periuk , masak seketika. Setelah mendidih masukkan garam gula, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam separuh masak kemudian angkay dan letak ke dalam dulang pembakar. Bakar ayam sehingga masak, renjis dengan sedikit minyak dengan mengunakan daun kunyit apabila ayam sedang di bakar. Siap untuk di hidang...sdp hingga menjilat jari heeeee