Saturday, January 17, 2009

Kung Pao Chicken

kung pao chicken

ni lunch td...uihhh memg sdp!rugi x try..resepi ni aku jmpa kat dapur kak ina...kopipes yer kak...tq!kak ina kata menu ni ada kat restoren amy search..wow!tp memg besh la...licin!nti nak wat lg...

Bahan-bahan A :
600gm ayam - dipotong dadu
tepung jagung secukupnya
sedikit lada hitam
sos tiram

Cara-caranya :
Perap ayam dengan sos tiram dan lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan selepas di angkat.

Bahan-bahan B :
kacang gajus -di goreng dan toskan minyak (aku x letak pon)
30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
2 biji bawang besar ( 1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat )
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
1 biji capsicum - potong lebar-lebar
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili sos
minyak untuk menumis
garam jika perlu
minyak bijan - aku tak letak pon
seasoning maggi (aku x letak...dah abis stok )

Cara-caranya :
Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan toskan.
Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam dan capsicum. Kalau gunakan gajus kena masukkan bersama ayam dan capsicum...dah mgelegak...angkat...siap!nyummm

Kuih Seri Muka

kuih seri muka

ni wat smlm...gara2 tliur tgk kuih ni kat dapur kak suzi...kopipes yer kak...tq!sdp!1st time aku wat kuih ni...kira ok la...memg resepi ni sdp....x pnah mimpi aku nak wat kuih seri muka ni...kat msia bli jek..singit dah dpt 3!knyg...hihi layan resepi...

Bahan-bahan (size loyang 22cm / 3''):
Bahan lapisan bawah:
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 sk garam
2 sb minyak

Bahan2 lapisan atas:
120gm tepung gandum
3 sb tepung jagung
140gm gula pasir
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 sk garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan boleh digantikan dgn 1 camt pandan paste)

cara:
untuk lapisan bawah:
sediakan kukusan terlebih dahulu...biar air mendidih...then bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min... toskan beras pulut... satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan... kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min... then keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi...siap untuk dilapis dgn lapisan atas

untuk lapisan atas:
pukul gula bersama telur hingga kembang dengan menggunakan whisker ...masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam ...diikuti dengan air pandan dan dipukul lagi sehingga rata
...akhir sekali ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi ....kacau adunan supaya tidak berbentil ...kemudian tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi pulut tadi
dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 min atau 1 jam ....pastikan tudung kukus dilapik dengan kain atau dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas lapisan atas ...
setelah masak biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

Ayam Kalasan

ayam kalasan

heee resepi kak suzi lg...sdp!kak suzi amik dr dapur kak ummi....resepi asal dr chef norzailina...mekacih semua...kopipes lg yer kak...tq!

Bahan:-
500 ml santan dari 1 biji kelap kelapa
1 ekor ayam - potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan tumbuk kasar:-
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit hidup
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Memasak:-
Perap ayam dengan kicap, serbuk kunyit dan garam selama 1 jam. Rebus ayam dengan santan dan bahan tumbuk. Tambah gula dan garam secukup rasa. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan juga. Ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kuning keemasan. Letak dalam pinggan. Goreng pula bahan rebuasan yang telah ditapis menggunakan minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan atas ayam tadi...Sedap sgt bahan yang digoreng tadi..

Barbecued Prawns

barbecued prawns

hee ni xder resepi...aku guna sos barbeque ready made..pastu grill....sdp...