Saturday, January 17, 2009

Kung Pao Chicken

kung pao chicken

ni lunch td...uihhh memg sdp!rugi x try..resepi ni aku jmpa kat dapur kak ina...kopipes yer kak...tq!kak ina kata menu ni ada kat restoren amy search..wow!tp memg besh la...licin!nti nak wat lg...

Bahan-bahan A :
600gm ayam - dipotong dadu
tepung jagung secukupnya
sedikit lada hitam
sos tiram

Cara-caranya :
Perap ayam dengan sos tiram dan lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan selepas di angkat.

Bahan-bahan B :
kacang gajus -di goreng dan toskan minyak (aku x letak pon)
30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
2 biji bawang besar ( 1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat )
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
1 biji capsicum - potong lebar-lebar
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili sos
minyak untuk menumis
garam jika perlu
minyak bijan - aku tak letak pon
seasoning maggi (aku x letak...dah abis stok )

Cara-caranya :
Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan toskan.
Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam dan capsicum. Kalau gunakan gajus kena masukkan bersama ayam dan capsicum...dah mgelegak...angkat...siap!nyummm

Kuih Seri Muka

kuih seri muka

ni wat smlm...gara2 tliur tgk kuih ni kat dapur kak suzi...kopipes yer kak...tq!sdp!1st time aku wat kuih ni...kira ok la...memg resepi ni sdp....x pnah mimpi aku nak wat kuih seri muka ni...kat msia bli jek..singit dah dpt 3!knyg...hihi layan resepi...

Bahan-bahan (size loyang 22cm / 3''):
Bahan lapisan bawah:
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 sk garam
2 sb minyak

Bahan2 lapisan atas:
120gm tepung gandum
3 sb tepung jagung
140gm gula pasir
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 sk garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan boleh digantikan dgn 1 camt pandan paste)

cara:
untuk lapisan bawah:
sediakan kukusan terlebih dahulu...biar air mendidih...then bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min... toskan beras pulut... satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan... kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min... then keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi...siap untuk dilapis dgn lapisan atas

untuk lapisan atas:
pukul gula bersama telur hingga kembang dengan menggunakan whisker ...masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam ...diikuti dengan air pandan dan dipukul lagi sehingga rata
...akhir sekali ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi ....kacau adunan supaya tidak berbentil ...kemudian tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi pulut tadi
dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 min atau 1 jam ....pastikan tudung kukus dilapik dengan kain atau dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas lapisan atas ...
setelah masak biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

Ayam Kalasan

ayam kalasan

heee resepi kak suzi lg...sdp!kak suzi amik dr dapur kak ummi....resepi asal dr chef norzailina...mekacih semua...kopipes lg yer kak...tq!

Bahan:-
500 ml santan dari 1 biji kelap kelapa
1 ekor ayam - potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan tumbuk kasar:-
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit hidup
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Memasak:-
Perap ayam dengan kicap, serbuk kunyit dan garam selama 1 jam. Rebus ayam dengan santan dan bahan tumbuk. Tambah gula dan garam secukup rasa. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan juga. Ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kuning keemasan. Letak dalam pinggan. Goreng pula bahan rebuasan yang telah ditapis menggunakan minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan atas ayam tadi...Sedap sgt bahan yang digoreng tadi..

Barbecued Prawns

barbecued prawns

hee ni xder resepi...aku guna sos barbeque ready made..pastu grill....sdp...

Thursday, January 15, 2009

Ayam Percik Bakar

ayam percik

ni dinner mlm ni...aku dah buntu sgt nak wat aym msk apa....intai dapur yat...mcm besh jek ayam percik bakar kat dapur yat...aku pon try...mmm tambah nasik 2x hahaaaaa mcm mana la nak kuruskan bdn ni....mmm mls nak taip...kopipes ya yat...mekacih heeeee

Bahan-bahannya:
ayam di potong mengikut suka

bahan blend :
blend (1)
jintan manis
jintan putih
biji ketumbar

blend (2)
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan-bahan lain:
santan
cili boh (cili kering yang telah di blend)
kunyit serbuk
tepung beras (ni aku x taruk)
garam
gula
serai (dititik)
asam keping

Cara-caranya:
Masukkan santan, cili boh, kunyit, serai, blend 1 dan 2 dalam periuk , masak seketika. Setelah mendidih masukkan garam gula, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam separuh masak kemudian angkay dan letak ke dalam dulang pembakar. Bakar ayam sehingga masak, renjis dengan sedikit minyak dengan mengunakan daun kunyit apabila ayam sedang di bakar. Siap untuk di hidang...sdp hingga menjilat jari heeeee

Kari Salmon

karib salmon

ni menu dinner smlm...idea kari salmon ni aku ternmpk kat blog yat!tp resepi kari ni aku bega sendiri...nak cpt sbb dah lapar heeee salmon yg aku ada sepotong jek....ckup ar utk aku ngan asben...

senang jer msk kari stail aku...tumis sebiji bwg besar yg dihiris, bwg putih 3 or 4 ulas pon dihiris, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih..and aku taruk mix rempah biji...ala yg slalu ada dlm kari mamak tuh...bila dah wangi...msukkan bancuhan 2 sb rempah kari...msk smpai rempah kari betul2 msk...then msukkan air asam jawa...and santan...aku gna santan tin jer..tu pon x smpai half...then msukkan ikan...campak 6 7 helai daun kari & 1 biji tomato potong 4...perisakan dgn garam dan gula...msk smpai mgelegak...ttup api...siap!nyummm memg sdp la yat kari salmon...wakaka kecian ikan omputih kita kampungkan ek yat heeee

Tuesday, January 13, 2009

Tom Yam Pok Tek

tomyam pok tek

tomyam ni aku blaja dr mber kat adelaide ni...tq kak lin...memg besh resepi ni...tomyam ni berbeza dr tomyam biasa sbb ada taruk santan...

senang jer nak wat...tumis bwg merah, putih, halia & serai....then msukkan 3 sb tomyam paste..tumis smpai naik bau...then msukkan ayam....bila aym half msk...msukkan santan 1 cwn...
then msukkan bwg besar belah 4...bwg putih ketuk 3 biji....kacau...boleh msukkan sayur bunga kobis, carrot & tomato bila ayam dah empuk...ttup api & siap!nyum2...resepi ni leh pelbagaikan dgn campur daging, ketam & sotong...tomyam pok tek campur!lg besh....

Puff Tuna

tuna puff

aku jumpa resepi tuna puff ni kat dapur kak ummi...ampun kak..yun bega sikit inti nya ikut apa bnda yg ada kat dlm fridge heeeee tp memg sdp!

bhn2 :
puff pastry
1 tin tuna besar
1 labu bwg besar - dadu
1/2 cwn mix vege
3 biji kentang - dadu & rebus dulu( aku tmbh resepi asal x letak pon)
2 sb mayonis (aku taruk lebih sket)
sedikit garam
sebuk lada hitam
1 biji telur ( dipukul utk disapu atas puff)

cara2 :
1. panaskan minyak & tumis bwg besar
2. msuk tuna, mix vege & kentang.kacau sebentar
3. masukkan mayonis, garam & serbuk lada hitam. Kacau rata.
4. tutup api & biarkan sejuk skett
5. sediakan puff pastry...letak sedikit filing td & ttup hujung pastry dgn menekan bhgn kelilingnya dgn garfu. Buat sampai abis.
6. Sapukan puff dgn telur. Bakar suhu 200 darjah C selama stgh jam / kuning keemasan.

P/S : kelar bahagian atas puff utk mengelakkan puff jd terlalu kembang apb dibakar...

Puding Caramel

puding caramel resize

bhn2 :
6 biji telur
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin air
4 sb gula ( wat gula hangus )
esen vanilla - 1 sk

cara2 :
1. msk gula dlm loyang sampai keperang-perangan (simpan gula hangus semalaman)
2. pukul telur dengan susu & air
3. msukkan dlm loyang
4. kukus selama lebih kurg sejam - sejam stgh

siap!mkn sejuk2 sdp esp time summer yg sgt lah panas skang ni...

Kepah Rebus

kepah rebus resize

jeng jeng jeng

ni kepah yg papa cari sendiri...x byk...sekali msk jek...ada mber ajar aku wat kepah rebus...so aku try...sdp wpon simple!

senang jer nak msk...cuci kepah bersih2...then msuk kan kepah & sedikit air dlm kuali...ketuk 2 batang serai, bwg besar potong bulat, hiris sikit bwg putih...perisakn dgn garam....rebus smpai kepah msk...siap!

Monday, January 5, 2009

I'VE BEEN TAGGED!!

I've been tagged by YATT & GG...


Tagnya berbunyi begini...

Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki uploadkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...

Pada yang belum berkahwin, uploadkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri.. Contohnya, perkahwinan X-kekasih, kawan baik, artis popular..tak kiralah, asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...


jeng jeng jeng.....



ni pic msa kenduri kat umh aku...16 dec 2006 kat kuala lipis phg...bila tgk pic ni mcm bru smlm jer kawen aku rsa...cpt sgt msa berlalu...now kitorg dah ada si tecit alysa sofea!buah hati mama & papa....