eheee lme beno msa aku amik nak taruk resepi....maaf ek kengkwn!resepi dr dapur
kak ummi ni...sdp...
Bahan:
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
taugeh
bawang goreng
Untuk hirisan dan potong kecil:-
Tauhu - goreng
daun bawang dan daun sup
cili merah
limau kasturi/limau nipis
telor - rebus dan potong 4
Bahan Kuah:-
1/2 kg ayam - potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake
2 sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air asam jawa)
5 - 6 cawan santan dari sebiji kelapa
minyak
garam
Bahan Mesin:-
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:-
Tumiskan bahan yang dimesin beserta cili kisar hingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan rempah masak. Masukkan ayam, fish cake, chicken ball dan masukkan santan. (biarkan ayam masak lama sikit dulu, baru masukkan santan). Renihkan sehingga naik minyak. Hidang bersama mee dan bahan2 hirisan tadi.Nyum2...